Format Famili Duo

Famili Duo merupakan terbitan turunan kepada rancangan TV realiti Family Singing Show yang disiarkan di 8TV.[1][2][6] Ia menampilkan 40 selebriti popular Malaysia yang bergandingan dengan ahli keluarga mereka untuk menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.[1][2]

Setiap episod menampilkan lima pasangan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu lagu saduran dan satu nyanyian di pentas. Di pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berumur menentukan lagu saduran untuk menghasilkan sebuah video muzik. Lagu pilihan tersebut akan diberikan nafas baharu dan dirakamkan di studio.[1][2][7]

Untuk pusingan kedua, ahli keluarga yang lebih muda akan memilih lagu untuk dipersembahkan di pentas Famili Duo. Setiap persembahan dan permarkahan akan dinilai sepenuhnya oleh Didie Alias dan Mark Adam selaku juri tetap dan juara mingguan bakal membawa pulang hadiah wang tunai.[1][2][8]

Peserta

Catatan: Senarai peserta diperoleh dari My Infotaip.[9]

#HubunganSelebriti
1.Adik-beradikAmira Othman & Irfan Haris, Yamani Abdillah & Zaki Yamani, Naim Daniel & Emylia Ezzati, Syafie Naswip & Sapawi, Tajul Ariff & Baby Echa
2.Ibu bapa dan anakSiti Saerah & Umairah, Ashira & Syed Aziz, Aisha Retno & Jen Retno, Sharifah Zarina & Athalia Deena, Sharifah Shahirah & Tallisya
3.Suami isteriAzwan Kombos & Ezzaty Abdullah, Salma Asis & Azri, Anas Ridzuan & Ana Syuhada, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana, Lan Solo & Sheila
4.Ibu bapa dan anakAmyza Aznan & Adrian, Fauzi Nawawi & Fareez Fauzi, Amelina & Puteri, Liza Abdullah & Naffiz Zolkefli, Shajiry & Hafiz
5.SepupuOja & Eka Caramelt, Aman Nassim & Zarina Zainoordin, Hefny Sahad & Qiqin Muse, Ara Johari & Syafiq Erwin, Fiza Thomas & Nasfikry
6.Ibu saudara, bapa saudara dan anak saudaraEzad Lazim & Along Zaimi, Asmidar & Tiar Zainal, Zamani & Zynakal, Eranz Lambert & Rina Azhar, Ayu Damit & Shah
7.Adik-beradikSharif Zero & Atu Zero, Ieda Moin & Eddy Moin, Shiha Zikir & Ieda Zikir, Sarah Fazny & Boy, Jiwa Firdaus & Farhan Mustapha
8.Suami isteriAepul Roza & Leez Rosli, Haziq Hussni & Ayunda Putri, Ifa Raziah & Yani, Rosmayati Sidik & Khai Wahi, Tuju & Loca B

Rujukan

WikiPedia: Famili Duo http://www.xtra.com.my/familiduo https://www.budiey.com/keriangan-keluarga-dalam-sa... https://kitareporters.com/gaya/4zbqxX42ap https://www.myinfotaip.com/2021/02/famili-duo-tv3.... https://ohbulan.com/keriangan-keluarga-dalam-satu-... https://siraplimau.com/famili-duo-bakal-bersiaran-... https://utusantv.com/2021/02/15/yamani-dan-zaki-ju... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/... https://www.hmetro.com.my/rap/2021/02/676888/kongs... https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan/famil...